
Klinik Aman
Klinik Aman adalah klinik swasta yang dimiliki penuh oleh syarikat bumiputera, Ezzymed Sdn Bhd (873947-W). Klinik ini terletak di lokasi seksyen 28, Shah Alam dan telah ditubuhkan sejak tahun 1996. Klinik Aman menawarkan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif seperti ujian saringan bagi mengesan risiko penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Selain itu, klinik ini juga dapat memberikan rawatan pemeriksaan kesihatan (Medical Check-up), suntikan vaksin imunisasi bagi kanak-kanak, pengendalian makanan dan suntikan vaksin Haji & Umrah. Klinik Aman juga meyediakan rawatan khusus untuk ibu mengandung dan servis yang berkaitan dengannya seperti pakej ultrasound. Pemeriksaan ECG, rawatan nebuliser, dan rawatan pencegah kehamilan juga dapat disediakan di klinik ini.
+600354578
Perlukan Bantuan? Hubungi Kami Sekarang.
Perkhidmatan Utama

Perkhidmatan Rawatan Am

Operasi Pembedahan Kecil

Perubatan Wanita

Perkhidmatan Imunisasi

Pemeriksaan Kesihatan
